TOMMY yang diiktiraf lembu paling tinggi dunia, bersama pemiliknya, Fred. FOTO Guinness World Records.
TOMMY yang diiktiraf lembu paling tinggi dunia, bersama pemiliknya, Fred. FOTO Guinness World Records.
Agensi

Massachusetts: Dengan ketinggian lebih 1.8 meter, seekor lembu baka Brown Swiss, diiktiraf Guinness World Records (GWS) sebagai lembu tertinggi di dunia.

Tommy berusia 13 tahun tinggal bersama pemiliknya, Fred Balawender dan anak perempuannya, Laurie Cuevas di sebuah ladang di Cheshire, Amerika Syarikat sejak berusia sehari.

Tommy diselamatkan Fred daripada sebuah lelongan di ladang tenusu besar pada tahun 2010 dan dipelihara hingga tahu mengeluarkan susu dan membesar dengan baik.

Dianggap anak lembu besar, Laurie berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka tumbesaran Tommy sangat mengagumkan hingga boleh mencapai ketinggian 1.87m dan diiktiraf GWS.

Mereka tidak pernah menjadikan Tommy sebagai ternakan, sebaliknya haiwan peliharaan dan lembu jantan itu bebas bergerak di ladang serta turut makan roti kayu manis (cinnamon bun).

"Walaupun saiznya besar, Tommy jinak dan peka di mana ayah saya berada serta akan memerhatikannya setiap kali dia ada," katanya.

Menurutnya, lembu itu juga sukakan kanak-kanak dan akan menurunkan kepalanya untuk dibelai apabila mereka datang melawat.

Setiap hari, Tommy makan 13 kilogram (kg) bijiran kering, 34kg rumput dan minum 150 liter air.

Ia juga mengunyah epal selain snek kegemaran iaitu roti kayu manis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 3:31 PM