INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan 5,322 kes makmal berkaitan cacar monyet disahkan dengan 85 peratus kes dilaporkan di Eropah.

Walaupun bilangan kes meningkat dengan mendadak, WHO tidak menetapkan tarikh bagi jawatankuasa kecemasannya bermesyuarat kali kedua berhubung cacar monyet.

"Dari 1 Januari hingga 30 Jun lalu, WHO mengesan 5,322 kes yang disahkan makmal dengan satu kematian," kata jurucakap WHO Fadela Chaib kepada pemberita.

Jumlah itu meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh lapan hari.

Sebelum ini, WHO mengesahkan 3,413 kes bagi tempoh sehingga 22 Jun.

Lonjakan kes cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei di luar negara Afrika Barat dan Afrika Tengah di mana penyakit itu sudah lama menjadi endemik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 9:30 AM