IBU pejabat WHO di Geneva. FOTO AFP
IBU pejabat WHO di Geneva. FOTO AFP
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Sabtu, memaklumkan wabak cacar monyet belum diklasifikasikan sebagai darurat kesihatan global.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sudah memanggil jawatankuasa pakar pada Khamis.

Lonjakan kes cacar monyet dikesan sejak awal Mei.

Kebanyakan kes baharu berlaku di Eropah Barat dan lebih 3,200 kes yang disahkan, dan satu kematian kini dilaporkan kepada WHO.

Kes meliputi lebih 50 negara secara keseluruhan tahun ini.

"Jawatankuasa kecemasan berkongsi kebimbangan serius mengenai skala wabak semasa dengan menyatakan banyak perkara yang tidak diketahui berhubung penyebaran dan jurang dalam data.

"Secara keseluruhan, dalam laporan itu, mereka menasihatkan saya bahawa wabak itu bukan kecemasan kesihatan awam antarabangsa (PHEIC) l, tahap amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh WHO.

"Bagaimanapun, saya mengakui mesyuarat jawatankuasa itu sendiri mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran cacar monyet di peringkat antarabangsa," katanya.

Pada 14 Jun lalu, Tedros mengumumkan akan memanggil jawatankuasa kecemasan untuk menilai sama ada wabak itu membentuk PHEIC.

Wabak di negara yang baru terjejas terus berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis dan dengan pasangan baharu atau ramai (pasangan), kata Tedros pada mesyuarat Khamis.

Terdapat enam pengisytiharan PHEIC sejak 2009, yang terakhir adalah untuk Covid-19, dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 11:00 AM