INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
Reuters

Geneva: Lebih 3.400 kes cacar monyet disahkan dengan satu kematian dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga Rabu minggu lalu.

Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, majoriti daripada kes adalah di Eropah.

WHO berkata, sejak 17 Jun lalu, 1,310 kes baharu dilaporkan, dengan lapan lagi negara melaporkan kes berkenaan.

Bagaimanapun, WHO belum mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 8:44 AM