IBU pejabat WHO di Geneva. FOTO AFP
IBU pejabat WHO di Geneva. FOTO AFP
Reuters

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 93 kes cacar monyet, setakat Sabtu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan 28 kes dilaporkan daripada 12 negara tidak endemik bagi virus itu.

"Maklumat yang ada menunjukkan bahawa penularan dari manusia ke manusia berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes yang bergejala," katanya.

Cacar monyet boleh dikawal dengan mudah melalui langkah seperti pengasingan diri dan kebersihan.

"Apa yang nampaknya berlaku sekarang ialah ia telah memasuki populasi dan disebarkan seperti jangkitan seksual, yang meningkatkan penularannya ke seluruh dunia," pegawai WHO, David Heymann

Heymann berkata, jawatankuasa pakar antarabangsa bertemu melalui persidangan video untuk melihat perkara yang perlu dikaji tentang wabak itu.

Beliau berkata mesyuarat itu diadakan kerana keadaan mendesak.

Katanya, hubungan rapat adalah punca utama penularan kerana penyakit itu sangat berjangkit misalnya ibu bapa yang menjaga orang sakit, kanak-kanak berisiko, begitu juga dengan pekerja kesihatan.

Oleh kerana itu, sesetengah negara sudah mula menyuntik vaksin kepada pasukan yang merawat pesakit cacar monyet.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 9:55 AM