WANITA menaiki bas khas untuk pemindahan penduduk Donetsk. FOTO Reuters.
WANITA menaiki bas khas untuk pemindahan penduduk Donetsk. FOTO Reuters.
AFP

Kyiv: Republik pro-Moscow dikuasai pemisah di timur Ukraine memberitahu, pihaknya akan memindahkan orang awam ke Rusia pada Jumaat ketika kebimbangan konflik berskala besar semakin meningkat.

"Mulai hari ini, akan dilakukan pelepasan berpusat besar-besaran penduduk ke Persekutuan Rusia..

"Wanita, kanak-kanak dan warga emas akan dipindahkan terlebih dahulu," kata Denis Pushilin, Ketua Republik Rakyat Donetsk (DPR).

Donetsk diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine, tetapi ia ditadbir secara de facto oleh DPR.

Menerusi mesej video di Telegram, Pushilin menuduh Kyiv merancang serangan yang akan berlaku ke atas wilayah pemisahan pro-Moscow.

"Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam masa terdekat akan memberi arahan untuk tenteranya melakukan serangan," kata Pushilin.

Pemimpin wilayah dikuasai pemisah, Lugansk di timur Ukraine, Leonid Pasechnik juga menggesa penduduk berpindah untuk mengelakkan kecederaan membabitkan orang awam.

"Saya menyeru penduduk republik itu untuk berlepas ke Persekutuan Rusia secepat mungkin," kata Pasechnik dalam satu kenyataan sambul memberitahu sesiapa yang menerima arahan untuk menggerakkan atau yang bekerja dalam pekerjaan penting harus kekal.

Pasechnik menyeru semua lelaki yang mampu memegang senjata untuk bangkit melindungi tanah air.

Dalam pada itu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan kerajaannya menyerahkan sejumlah 10,000 rubel (kira-kira RM541) kepada mangsa yang dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 10:23 AM