AFP

Moscow: Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera Rusia memasuki dua wilayah pemberontak yang disokong Moscow di Ukraine, pada Isnin, dalam usaha menentang ancaman sekatan Barat yang boleh mencetuskan peperangan dan berpotensi membawa bencana dengan Kyiv.

Terdahulu, pemimpin Kremlin mengiktiraf kemerdekaan dua kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah Donetsk dan Lugansk di Ukraine, selain membuka jalan bagi operasi dengan mengerahkan sebahagian daripada pasukan penceroboh untuk bersedia.

Putin juga mengeluarkan dua arahan dengan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk mengambil alih 'fungsi pengaman' di wilayah yang dikuasai pemisah.

Pengiktirafan republik yang membentuk kawasan yang dikuasai pemberontak disokong Rusia sejak 2014 mencetuskan kecaman antarabangsa dan sekatan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menerusi pelbagai sekatan ekonomi.

Ketika berita pengiktirafan lewat malam tersebar di Kyiv, ramai yang tidak percaya tetapi bersedia untuk mempertahankan negara mereka, jika dipanggil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 9:24 AM
AKTIVIS pro-Rusia meraikan pengumuman Putih mengenai Donetsk dan Lugansk sebagai wilayah merdeka daripada Ukraine. FOTO Reuters
AKTIVIS pro-Rusia meraikan pengumuman Putih mengenai Donetsk dan Lugansk sebagai wilayah merdeka daripada Ukraine. FOTO Reuters