AFP

Kyiv: Parlimen Ukraine mengeluarkan perintah darurat pada Rabu sebagai langkah membantu berdepan tindak balas terhadap ancaman pencerobohan dari Rusia.

Langkah itu diluluskan pada hari yang sama ketika Moscow mula mengosongkan kedutaannya di Kyiv manakala Washington meningkatkan amaran tentang kemungkinan serangan berskala besar Rusia.

"Situasi ini sukar namun masih kekal terkawal," kata Setiausaha Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Oleksiy Danilov.

Perintah darurat itu membenarkan Ukraine untuk mengetatkan keselamatan dengan pemeriksaan kenderaan dan pengenalan diri selain kawalan ketat polis.

Perintah itu bermula pada Khamis dan akan dilaksanakan selama 30 hari.

"Risikan daripada semua rakan kongsi luar kami serta perisikan dan analisis kami sendiri menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk mengambil alih negara kita tanpa menjejaskan kestabilan keadaan domestik terlebih dulu," kata Danilov.

Perintah darurat terpakai di semua bahagian Ukraine kecuali dua wilayah dikuasai pemisah yang disokong Rusia di mana pemberontakan sudah membunuh lebih 14,000 orang sejak 2014.

TENTERA Ukraine memeriksa situasi di Kampung Katerynivka tidak jauh dari Luhansk, wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia. FOTO EPA
TENTERA Ukraine memeriksa situasi di Kampung Katerynivka tidak jauh dari Luhansk, wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia. FOTO EPA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 9:54 AM