Vladimir Putin. FOTO Reuters
Vladimir Putin. FOTO Reuters
AFP

Moscow: Rusia memberi respons terhadap ancaman sekatan langsung Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Vladimir Putin.

Negara itu menganggap tindakan terhadap pemimpin Rusia itu tidak akan berkesan dan hanya menjejaskan usaha meredakan ketegangan ke atas Ukraine.

Pegawai dari Perancis, Jerman, Rusia dan Ukraine berbincang di Paris pada Rabu bagi meredakan ketegangan selepas Moscow bersedia untuk melaksanakan pencerobohan di negara jiran pro-Barat itu.

Barat memberi amaran kepada Rusia, sekiranya negara itu menyerang Ukraine, sekatan lebih teruk akan dikenakan terhadap Putin.

Dalam tindak balas terhadap berita itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menganggap ancaman itu tidak bernilai kerana pegawai kanan Rusia dihalang daripada memegang aset di luar negara.

Tetapi tindakan sedemikian akan merosakkan hubungan diplomatik untuk meredakan ketegangan yang memuncak ke atas Ukraine.

"Dari segi politik, ia tidak menyusahkan namun ia merosakkan," kata Peskov.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:39 AM