FOTO HIASAN. FOTO AFP
FOTO HIASAN. FOTO AFP
Agensi

Prague: Doktor haiwan di Republik Czech akan melupuskan 80,000 ayam betina di ladang selepas lebih 100,000 haiwan itu mati akibat selesema burung sejak akhir minggu lalu, kata pejabat veterinar negeri pada Selasa.

Ladang di Libotenice yang terletak kira-kira 45 kilometer di utara Prague, mempunyai 188,000 ayam betina sebelum Hari Natal.

"Pemusnahan ayam betina dari dewan yang terkesan dengan selesema burung sedang dijalankan.

"Angka menunjukkan strain ini, H5N1 yang sangat patogenik, sangat agresif dan membunuh ayam khususnya dengan cepat dan secara besar-besaran," kata jurucakap Pentadbiran Veterinar negeri, Petr Majer.

Beliau berkata, doktor haiwan juga akan memusnahkan lebih sejuta telur ayam dari ladang itu.

Republik Czech merekodkan 48 wabak selesema burung tahun ini, dan ia adalah jumlah tertinggi dalam tempoh setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 10:20 AM