GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan individu dengan sistem imun yang lemah diberikan dos tambahan semua vaksin Covid-19 yang diiktiraf.

Ia menerusi saranan daripada panel penasihat vaksin WHO, Kumpulan Pakar Penasihat Strategik Badan Kesihatan (Sage)

Menurut pertubuhan itu, individu berusia lebih 60 tahun yang sudah menerima vaksin Sinovac dan Sinopharm China harus diberikan dos vaksin ketiga Covid-19.

Pakar menekankan mereka tidak mengesyorkan tambahan dos untuk populasi pada umumnya.

Sage mengadakan pertemuan empat hari minggu lalu untuk meninjau maklumat dan data terkini mengenai pelbagai vaksin untuk Covid-19 dan penyakit lain.

Vaksin yang berbeza juga boleh diberikan berdasarkan pertimbangan bekalan dan akses vaksin.

Sage memaklumkan negara yang ingin melaksanakanya perlu untuk memaksimumkan pemberian dua dos kepada populasi kemudian memberikan dos ketiga, bermula dengan kelompok usia tertua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 10:10 AM