PROGRAM vaksinasi di Dataran Kizilay, Ankara. FOTO AFP
PROGRAM vaksinasi di Dataran Kizilay, Ankara. FOTO AFP
BERNAMA

Ankara: Lebih 3.42 bilion dos vaksin COVID-19 sudah diberikan di seluruh dunia, menurut angka Our World in Data.

China mendahului dengan lebih 1.37 bilion suntikan, diikuti India sebanyak 376.32 juta, lapor Anadolu.

Amerika Syarikat pula sudah memberikan 333.57 juta dos, Brazil (112.77 juta), Jerman (81.33 juta), United Kingdom (UK) (80.33 juta) dan Perancis (59.12 juta).

Turki di kedudukan kelapan dengan lebih 57.8 juta dos, diikuti Jepun, Itali, Indonesia dan Mexico.

Negara yang sudah menyuntik dos vaksin paling banyak mengikut purata penduduk pula ialah Emiriah Arab Bersatu, dengan 160.92 dos bagi setiap 100 orang.

Diikuti Malta dengan 159.43 dos bagi setiap 100 orang dan Seychelles (141.98), Iceland (132.44), San Marino (131.59), Bahrain (128.5), Israel (126.15), Chile (123.96), Uruguay (123.03), Mongolia (118.96), UK (118.33), Qatar (117.68), dan Kanada (111.87).

Sebahagian besar vaksin COVID-19 diberikan dalam dua dos, oleh itu jumlah suntikan yang diberikan tidak sama dengan jumlah individu yang lengkap divaksin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 12:51 PM