PERMAINAN dihentikan seketika untuk membolehkan pemain Muslim berbuka puasa. FOTO Agensi
PERMAINAN dihentikan seketika untuk membolehkan pemain Muslim berbuka puasa. FOTO Agensi
Agensi

Ankara: Perlawanan antara dua pasukan bola sepak di sini dihentikan seketika bagi memberi ruang pemain beragama Islam berbuka puasa.

Kira-kira 10 minit selepas perlawanan antara GZT Giresunspor dan Ankara Keciorengucu bermula, pengadil menghentikan permainan bagi memberi peluang kepada pemain untuk membasahkan tekak mereka.

Berdasarkan video yang dikongsi laman BeIN Sports Turki, pemain dari pasukan liga divisyen dua itu hanya menikmati kurma, pisang dan air kosong di tepi padang.

Tindakan pengadil mendapat pujian penonton dan pemain bola sepak lain.

Seperti Malaysia, Turki juga memulakan Ramadan pada 13 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 9:46 PM