EPA

London: United Kingdom (UK) akan memulakan ujian percubaan klinikal vaksin Covid-19 kepada sukarelawan individu dewasa yang sihat, menurut Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Industri negara itu, pada Rabu.

UK akan menjadi negara pertama yang menjalankan ujian seumpamanya.

Mulai Mac ini, kira-kira 90 sukarelawan individu dewasa yang sihat, berusia antara 18 dan 30 tahun akan dijangkitkan dengan Covid-19 dalam persekitaran yang selamat.

Ia bagi melihat jumlah minimum virus itu yang boleh menyebabkan jangkitan dan membolehkan analisis kepada tindak balas autoimun, di samping menilai jangkitan dari seorang individu kepada individu lain.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Mereka akan disuntik dengan varian Covid-19 yang dikenal pasti di UK sejak Mac 2020, yang terbukti mempunyai risiko rendah kepada kesihatan golongan muda, kata kenyataan itu.

Kajian membabitkan individu sihat yang sengaja dijangkitkan dengan virus, berbanding menunggu mereka dijangkiti secara semula jadi, sudah digunakan secara meluas dalam bidang penghasilan vaksin dan rawatan untuk penyakit seperti malaria, demam kepialu, selesema.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 11:59 AM