PASANGAN itu berdiri di atas pentas, manakala kakak dan abang ipar pengantin lelaki bergilir-gilir meletakkan kalungan bunga wang kertas.  FOTO Agensi
PASANGAN itu berdiri di atas pentas, manakala kakak dan abang ipar pengantin lelaki bergilir-gilir meletakkan kalungan bunga wang kertas. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Pasangan pengantin di China menerima kalungan wang berjumlah 160,000 yuan (kira-kira RM106,406) pada hari perkahwinan mereka daripada lapan kakak kepada lelaki itu dan suami mereka.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkahwinan itu diadakan pada 15 Mei di Shiyan wilayah Hubei dekat tengah China, lapor Feidian Video.

Klip video menunjukkan pasangan itu berdiri di atas pentas, manakala kakak dan abang ipar pengantin lelaki bergilir-gilir meletakkan kalungan bunga wang kertas 100 yuan (kira-kira RM65) di leher pengantin baharu itu, hingga tular di laman sosial.

Rakaman menunjukkan adik-beradik perempuan memberikan kalungan yang dihiasi wang tunai kepada pengantin perempuan.

Abang ipar melakukan perkara sama untuk pengantin lelaki, sambil pasangan itu tunduk ke arah saudara-mara mereka sebagai tanda terima kasih.

"Kalungan itu terlalu berat untuk leher mereka. Ia adalah adat yang dicemburui," kata tetamu yang merakam video itu kepada Douyin.

Katanya, ibu bapa pengantin lelaki ibu sudah meninggal dunia dan adik-beradik perempuan dan abang ipar sentiasa memanjakannya, malah mereka juga membiayai perkahwinannya.

"Memberi wang adalah cara paling langsung untuk menyokongnya. Adik-beradik memikirkan idea kalungan itu tetapi menyimpannya sebagai satu kejutan," kata tetamu wanita itu.

Majlis perkahwinan itu mendapat perhatian di media sosial kerana meletakkan keutamaan tradisional untuk lelaki, berbanding wanita.

Suatu ketika dahulu, menjadi kelaziman keluarga di China untuk menamakan anak perempuan mereka zhao di, yang bermaksud 'membawa adik lelaki'.

Apabila anak lelaki dilahirkan, dia sering dipanggil yao zu, yang bermaksud menghormati nenek moyang.

Sejak kecil, kakak diajar oleh ibu bapa mereka bahawa mereka harus melakukan yang terbaik untuk membantu dan berkorban untuk adik lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 11:16 AM