GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Bangkok: Seramai 48 orang maut dan 411 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Thailand, kelmarin, menjadikan jumlah kematian serta kecederaan sepanjang tiga hari Songkran, mencecah lebih 1,000.

Laporan menyebut 116 kematian direkodkan setakat ini dan 936 cedera dalam kecelakaan jalan raya.

Wilayah Nakhon Si Thammarat dan Songkhla merekodkan jumlah tertinggi dalam tempoh tiga hari itu, masing-masing 19 kemalangan, manakala Bangkok mencatat jumlah tertinggi kematian dengan lapan korban.

Jumlah mangsa cedera teramai direkodkan di wilayah Songkhla dengan 45 kecederaan.

Thai PBS melaporkan 40.05 peratus kemalangan berpunca daripada memandu laju, diikuti 27.81 peratus memandu dalam keadaan mabuk dan 16.84 peratus kerana memotong.

Turut dilapor 85.50 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan 81.63 peratus insiden itu berlaku di laluan lurus.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasai Bencana Awam Thailand, Chaiwat Chuntirapong berkata, pihaknya telah mengambil langkah pencegahan bersesuaian mengikuti situasi keadaan di lapangan, dengan menumpu kepada jalan raya sekunder dan komuniti, yang mana penunggang motosikal cenderung untuk menunggang laju tanpa memakai topi keledar dan memandu selepas minum alkohol.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 9:06 AM