AZISMAN ALIAS
AZISMAN ALIAS
Muhaamad Hafis Nawawi


SEBANYAK 65 kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 16, sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang masuk hari kelima semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata, daripada keseluruhan kematian, penunggang motosikal masih menyumbang jumlah tertinggi dengan 47 kematian.

“Sebanyak 8,570 kemalangan dicatatkan sepanjang enam hari Op Selamat kali ini membabitkan 13,038 kenderaan.

“Sebanyak 65 kematian dicatatkan, manakala 27 lagi cedera parah dan 80 lagi cedera ringan,” katanya.

Azisman berkata, Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan jumlah kemalangan dengan 2,701 kemalangan, diikuti Johor (1,348), Kuala Lumpur (1,019), Pulau Pinang (707) dan Perak (582),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Selangor turut mencatat jumlah kemalangan maut tertinggi dengan 17 kemalangan, diikuti Kedah (11),Sarawak (10), Kelantan (7) dan Johor (6).

“Sebanyak 125,464 saman turut dikeluarkan dalam tempoh lima hari sejak Op Selamat 16 dimulakan pada 18 Januari lalu dengan 77,042 saman membabitkan enam kesalahan utama kesalahan jalan raya,” katanya.

Op Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina akan berkuat kuasa selama 15 hari bermula 18 Januari sehingga 1 Februari depan.

Enam kesalahan utama adalah seperti berikut:-

  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • Tidak mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu melebihi had laju
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong barisan ‘Q’
  • Memotong di barisan berkembar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 6:53 PM