PELANCONG asing disembur air oleh beberapa ekor gajah dalam acara awal menjelang sambutan Festival Songkran.
PELANCONG asing disembur air oleh beberapa ekor gajah dalam acara awal menjelang sambutan Festival Songkran.

Bangkok: Seramai 25 orang terbunuh dan 348 lagi dilaporkan cedera pada hari pertama kempen keselamatan sempena menyambut pesta tahun baru Songkran yang berlangsung selama tujuh hari bermula kelmarin.

Menurut ketua polis Sanit Promwong semalam, kematian dan kecederaan itu berpunca daripada 324 kemalangan jalan raya.

Sebanyak 25.3 peratus kemalangan itu adalah akibat memandu dalam keadaan mabuk manakala 24.4 peratus lagi kerana memandu melebihi had kejaluan.

Daripada keseluruhan kemalangan itu, 80.8 peratus membabitkan motosikal sementara Nakhon Si Thammarat menjadi wilayah paling banyak mencatatkan kemalangan, iaitu 16.

Separuh daripada jumlah yang mati dalam kalangan mereka yang dalam usia bekerja.

Perayaan Songkran tahun lalu mencatatkan 2,992 kemalangan, meragut 326 nyawa.

Institut Perubatan Kecemasan Kebangsaan menggandakan tenaga kerja kecemasan sepanjang pesta Songkran, terutamanya di wilayah yang sering berlaku kemalangan.

Seramai 159,854 kakitangan perubatan kecemasan - 1,593 doktor, 18,823 jururawat dan 127,709 sukarelawan dilaporkan terbabit dalam kempen itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 5:24 AM