ANGGOTA polis membuat pemantauan di hadapan pusat beli belah Westfield Bondi Junction selepas kejadian tikaman. FOTO AFP
ANGGOTA polis membuat pemantauan di hadapan pusat beli belah Westfield Bondi Junction selepas kejadian tikaman. FOTO AFP
Bernama-Anadolu

Ankara: Polis mengosongkan sebuah pusat beli-belah di Sydney, Australia berikutan laporan insiden ada beberapa mangsa yang cedera ditikam.

Menurut Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan, polis berkata perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Simpang Westfield Bondi di bahagian timur Sydney, ibu negeri New South Wales sebelum jam 4 petang tadi waktu tempatan selepas laporan beberapa orang ditikam diterima, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.

Saksi berkata polis turut melepaskan tembakan.

"Satu insiden kritikal telah bermula berikutan seorang lelaki ditembak di Simpang Bondi, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis berkata operasi sedang berjalan dan mereka yang membeli-belah di sana sedang dipindahkan.

Seorang jurucakap NSW Ambulance berkata ada dua orang suspek dan seorang daripada mereka telah ditembak polis sementara seorang lagi masih diburu.

Beberapa orang pengunjung pusat beli-belah itu masih lagi terperangkap di dalam bangunan itu, kata jurucakap berkenaan.

Visual yang disiarkan oleh penyiar tempatan menunjukkan sejumlah besar petugas dan kenderaan kecemasan berada di lokasi kejadian.

Anggota polis juga kelihatan melakukan pencarian di bumbung di mana tempat meletak kereta berada.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 8:10 PM