Penghantaran sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Di Gaza 2023 secara ‘Humanitarian Aid Air-Drop’ Ke Gaza. FOTO Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam
Penghantaran sumbangan derma Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Di Gaza 2023 secara ‘Humanitarian Aid Air-Drop’ Ke Gaza. FOTO Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam
Bernama-Xinhua

Bandar Seri Begawan: Brunei memperuntukkan lebih AS$1 juta untuk menghantar 5,920 bungkusan makanan sedia untuk dimakan ke Gaza melalui udara, lapor Xinhua memetik laporan media rasmi Pelita Brunei.

Laporan itu menyebut, memetik kenyataan Kementerian Luar Negeri, bahawa penghantaran awal dilakukan pada Rabu menggunakan pesawat Tentera Udara Jordan, menyasarkan wilayah pantai utara Gaza.

Lebih banyak penghantaran dijadualkan pada Khamis dan Jumaat ke lokasi yang sama. Setiap bungkusan makanan mengandungi hidangan tahan lama untuk seorang, menurut laporan pada Khamis.

Penghantaran secara 'airdrop' itu dibiayai oleh Tabung Kemanusiaan Brunei untuk Rakyat Palestin di Gaza 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 5:40 PM