BERNAMA

New Delhi: Lapan orang termasuk wanita terbunuh, manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di daerah Virudhunagar di negeri Tamil Nadu, India semalam.

Polis sedang menyiasat punca letupan, lapor media tempatan.

Insiden di unit pembuatan bunga api bukan perkara luar biasa di Virudhunagar yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu negeri Chennai.

Seramai 14 orang terbunuh pada Oktober tahun lalu dalam dua letupan di daerah itu, manakala dua maut dalam letupan bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 8:02 AM