KHALID Al-Falih, gambar fail. FOTO NSTP
KHALID Al-Falih, gambar fail. FOTO NSTP
Reuters

Singapura: Arab Saudi akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak negara Arab, Islam dan Afrika dalam masa terdekat untuk membincangkan konflik Israel-Palestin, kata menteri pelaburan negara itu, pada Selasa.

"Kita akan lihat, minggu ini, dalam beberapa hari akan datang Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak tergempar di Riyadh," kata Khalid Al-Falih ketika Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura.

"Anda akan melihat Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak Afrika-Saudi di Riyadh dan dalam beberapa hari anda akan melihat Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak (bersama negara) Islam," katanya.

"Dalam jangka pendek, objektif membawa sidang kemuncak ini dan perhimpunan lain di bawah pimpinan Arab Saudi adalah untuk memacu ke arah penyelesaian konflik secara aman."

Presiden Iran Ebrahim Raisi akan ke Arab Saudi pada Ahad untuk sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam, lapor Etemadonline.

Ia lawatan pertama Iran sejak Tehran dan Riyadh menamatkan permusuhan berpanjangan sebelum ini menerusi perjanjian yang diuruskan China pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 12:28 PM