ARAB Saudi bakal melancarkan sebuah kapal persiaran mewah baharu, Aroya Cruises. FOTO Agensi
ARAB Saudi bakal melancarkan sebuah kapal persiaran mewah baharu, Aroya Cruises. FOTO Agensi
Agensi

Riyadh: Arab Saudi bakal melancarkan sebuah kapal persiaran mewah baharu, Aroya Cruises yang menyasarkan dapat menarik 1.3 juta penumpang serta menawarkan 50,000 pekerjaan.

Cruise Saudi adalah syarikat milik penuh kerajaan menggunakan Dana Pelaburan Awam (PIF) komited menawarkan pengalaman baharu kepada rakyat, ekspatriat dan pelancong menerus produk baharu mereka, Aroya Cruises.

Ketua Pegawai Eksekutif jenama pelayaran itu, Lars Clasen berkata, langkah penting itu menandakan peristiwa penting dalam strategi bercita-cita tinggi Cruise Saudi untuk mencipta ekosistem pelayaran premium di Arab Saudi selaras dengan Wawasan 2030.

"Aroya Cruises akan beroperasi sebagai jenama autonomi dalam portfolio Cruise Saudi bertujuan menyediakan pengalaman dan perkhidmatan yang direka khusus," katanya.

Katanya, pasukan operasi dan pengurusan bebas Aroya Cruises akan diketuai Ghassan Khan.

"Ghassan akan menguruskan jenama itu sebagai unit perniagaan berasingan yang menyokong matlamat strategik syarikat pelayaran untuk mengalu-alukan 1.3 juta pelawat pelayaran menjelang 2035 dan menyediakan 50,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung," katanya.

Sementara itu, Ghassan berkata, dia berbesar hati menerima tugas itu dan akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

"Menjadi satu penghargaan membawa laluan pelayaran ini sebagai elemen teras pembangunan Saudi sebagai destinasi pelayaran antarabangsa," katanya.

Jadual perjalanan dan pakej Aroya Cruises masih dalam perancangan dan bakal diumumkan pada pelancaran komersialnya yang akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 11:47 AM