GIGI lawan terlekat pada kepala seorang lelaki. FOTO Agensi
GIGI lawan terlekat pada kepala seorang lelaki. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Kedengaran lucu namun seorang lelaki di Dongguan, Wilayah Guangdong, selatan China, menemui dua gigi milik lawan di kepalanya.

Global Times melaporkan, gigi itu ditemukan enam hari selepas dia terbabit dalam kejohanan bola keranjang.

Dalam kejohanan itu, kedua-duanya cedera akibat berlanggar dengan satu sama lain.

"Kami berdua cedera ketika perlanggaran itu. Mulutnya (lawan) berdarah dan dua giginya didapati hilang.

"Kepala saya juga berdarah pada masa itu.

"Saya berasa ia milik lawan kerana ada membantunya mencari gigi (lelaki itu) di seluruh stadium," katanya.

Difahamkan, lelaki itu pergi berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, doktor tidak sedar ada dua gigi di kepalanya, malah hanya memintanya untuk mencuci kuman pada luka.

"Doktor ada mencukur rambutnya dan mencuci kuman sebelum menemui dua gigi berkenaan.

"Rupanya, gigi itu sudah melekat di kulit kepala saya selama enam hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 10:38 AM