Jatuporn berdiri di luar mahkamah sebelum prosiding keputusan kesnya di Bangkok, pada Isnin. FOTO Facebook.
Jatuporn berdiri di luar mahkamah sebelum prosiding keputusan kesnya di Bangkok, pada Isnin. FOTO Facebook.
Reuters

Bangkok: Mahkamah di Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap aktivis politik kerana menghina keluarga Raja Thailand.

Peguam tertuduh berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas Jatuporn 'New' Saeoueng, 25, didapati berpakaian seperti Ratu Suthida dalam satu protes jalanan.

Menghina raja dan keluarganya menjadi kesalahan di Thailand dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun boleh dikenakan terhadap pesalah.

Hukuman itu dibuat mengikut undang-undang lese majeste yang paling ketat di dunia.

Saeoueng didapati bersalah menghina keluarga diraja ketika menyertai protes jalanan di Bangkok pada 2020, menurut peguam Krisadang Nutcharat.

Wanita itu seorang daripada 210 aktivis yang dituduh menghina keluarga diraja dalam tempoh dua tahun susulan reformasi terhadap kuasa monarki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 10:09 AM