PETUGAS kesihatan duduk dengan bongkah ais di kakinya ketika menjalankan ujian saringan Covid-19 di Nanchang, wilayah Jiangxi,. Ia susulan amaran gelombang haba di China. FOTO China Daily/ Reuters
PETUGAS kesihatan duduk dengan bongkah ais di kakinya ketika menjalankan ujian saringan Covid-19 di Nanchang, wilayah Jiangxi,. Ia susulan amaran gelombang haba di China. FOTO China Daily/ Reuters
Reuters

Beijing: China akan kembali mengalami gelombang haba untuk tempoh 10 hari akan datang, di bahagian timur hingga barat negara itu.

Beberapa bandar, pada Jumaat, sudah mengeluarkan amaran gelombang haba.

Suhu dijangka melonjak pada Sabtu, yang dijangka membentuk gelombang panas.

Beberapa bandar di wilayah Zhejiang, yang menempatkan banyak kilang dan pengeksport, pada Jumaat mengeluarkan amaran tahap merah.

Ia adalah amaran tertinggi bagi sistem amaran tiga peringkat itu, dengan suhu dijangka melonjak sehingga 40 darjah celsius dalam tempoh 24 jam berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 4:12 PM