GAMBAR fail. FOTO NSTP
GAMBAR fail. FOTO NSTP
AFP

Sydney: Kerajaan Australia menawarkan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada individu berusia 65 tahun ke atas bermula bulan depan, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu, hari ini.

Ini susulan varian baharu Omicron yang mula menular ke dalam populasi penduduk negara itu.

Kumpulan penasihat utama mengenai vaksin meluluskan suntikan keempat itu kepada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, Orang Asli berusia lebih 50 tahun, orang yang lemah imunisasi dan warga emas di rumah penjagaan.

Dalam tempoh enam minggu lalu, negara lain seperti Perancis, Jerman dan Sweden termasuk pihak berkuasa kesihatan England sudah mengesyorkan suntikan keempat vaksin Covid-19 untuk golongan berisiko termasuk warga emas.

Australia melaporkan kes harian Covid-19 lebih 50,000 sejak beberapa hari lalu yang menjadikan jumlah itu dua kali ganda berbanding awal bulan ini dipengaruhi jangkitan varian Omicron BA.2.

Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata, dos tambahan itu akan mula diberikan pada 4 April depan, dua bulan sebelum musim sejuk bermula dengan mereka yang sudah disuntik dos ketiga akan mendapat suntikan empat bulan lebih awal.

"Dos penggalak ini adalah perlindungan terbaik untuk mengekang impak Covid-19 dan boleh melindungi kesan pasca Covid-19," katanya.

Menteri Kesihatan itu juga berkata, pelancong yang tiba di Australia tidak lagi perlu menunjukkan bukti negatif saringan Covid-19 lebih awal selepas sekatan mengenainya tamat 17 April ini.

Pelancong bagaimanapun masih perlu divaksin dan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam pesawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 3:59 PM