TAIWAN. FOTO USGS
TAIWAN. FOTO USGS
AFP

Taipei: Satu gempa kuat melanda utara Taiwan, Yilan, jam 1.11 tengah hari ini.

Bencana itu mengakibatkan penduduk mengalami gegaran di ibu negara Taiwan itu, namun tiada laporan mengenai kerosakan.

Pusat Biro Cuaca Taiwan mengesahkan, gempa itu bermagnitud 6.5, manakala Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu bermagnitud 6.2.

Seorang wartawan AFP yang menetap di Yilan berkata, gegaran itu berlaku kira-kira 30 saat.

"Dinding rumah bergegar, atas dan bawah rasa macam kuat.

"Namun, tiada kerosakan berlaku di kawasan kejiranan saya," katanya.

Selepas gempa kali pertama itu, gempa susulan kedua pula dengan magnitud 5.4 mengakibatkan sistem pengangkutan, MRT Taipei ditutup kira-kira sejam.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga sebelum perkhidmatan dibuka semula selepas keadaan reda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 3:21 PM