BANDARAYA Taipei.
BANDARAYA Taipei.
Reuters

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan sebahagian ibu kota Taiwan, Taipei hari ini, kata Biro Cuaca Pusat pulau itu.

Gegaran itu dipercayai berpusat di timur laut daerah Yilan, tambahnya.

Tiada kecederaan, kematian mahupun kemusnahan akibat gempa bumi dilaporkan setakat ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 6:21 PM