Suspek (dua dari kiri) menyerah diri selepas membunuh isterinya. - FOTO Agensi
Suspek (dua dari kiri) menyerah diri selepas membunuh isterinya. - FOTO Agensi
Agensi

Surabaya: Gara-gara cemburu lelaki sering memberi komen di laman TikTok isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya dengan memukul belakang kepala menggunakan besi.

Ketua Polis Bagor, Tommi Hermanto berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Mereka kemudiannya bertengkar dan pukul-memukul sesama mereka. Namun, suspek bertindak mengambil besi dan mula memukul belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali hingga mangsa rebah.

"Berikutan itu, suspek melarikan diri menaiki bas menuju ke wilayah Nganjuk.

"Bagaimanapun, ketika sampai di sana, suspek mengubah fikiran dan menyerah diri di balai polis Bagor," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Sementara itu, anak mangsa mendakwa suspek yang juga bapa tirinya pernah beberapa kali menegur ibunya kerana kerap memuat naik kandungan di TikTok.

"Ayah tiri seorang yang pendiam dan tidak pernah memukul. Ayah tiri juga sering mengingatkan ibu supaya tidak bermain TikTok," katanya.

Katanya, ayah tirinya mungkin cemburu kerana laman TikTok ibunya menarik perhatian pengguna lain terutama lelaki.

"Ramai pengguna lelaki di TikTok sering meninggalkan komen di setiap hantaran yang ibu muat naik. Mungkin ayah tiri cemburu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 7:55 PM