hailand melaporkan 4,803 kes baharu Covid-19.
hailand melaporkan 4,803 kes baharu Covid-19.
BERNAMA

Bangkok: Thailand melaporkan 4,803 kes baharu Covid-19 termasuk 2,702 jangkitan membabitkan banduan dan 31 lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 149,779 dan 988 orang meninggal dunia setakat ini.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 4,752 adalah jangkitan tempatan manakala 51 kes import termasuk 47 rakyat Thailand yang pulang dari Kemboja.

Sehingga kini, katanya sejumlah 46,480 termasuk 1,221 pesakit berada dalam keadaan serius dan 406 memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Sebanyak 120,916 kes dan 894 kematian dicatatkan dalam tempoh kira-kira dua bulan sejak gelombang ketiga bermula pada April," katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini hari ini.

Taweesin berkata sejumlah 43 kluster aktif dikesan di Bangkok termasuk 15 di kem pekerja binaan, 12 dikaitkan dengan pasar dan pusat beli-belah.

Kluster penjara terus menjadi kebimbangan kerajaan dan menurut Jabatan Penjara lebih 22,000 banduan didapati positif, membabitkan 15 penjara.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 310,000 banduan di 143 penjara seluruh negara.

Mengenai kes kematian terkini, Taweesin berkata 18 terdiri lelaki dan 16 wanita berusia antara 35 dan 87 tahun termasuk 21 di Bangkok, masing-masing dua di Samut Prakan, Chiang Rai dan Pathum Thani.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 7:35 PM