FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Tidak sanggup terus dibelenggu kesunyian, seorang warga emas di India berikhtiar mencari jodoh menerusi laman pengiklanan.

Wanita berusia 73 tahun yang menetap di Mysuru memutuskan mencari pasangan hidup bagi menemani sisa hidupnya.

Pesara guru itu meletakkan iklan mencari calon suami dari kalangan kasta Brahmin.

Dalam siaran iklan itu wanita itu mencari pasangan sihat dan lebih tua daripadanya.

Ternyata tuah berpihak kepadanya, apabila iklannya menarik perhatian pesara jurutera berusia 69 tahun.

Kata wanita itu, perkahwinan pertamanya berakhir perceraian amat menyakitkan sehingga dia tidak mahu mencari pengganti.

Namun, katanya, kini dia berasa takut hidup sendirian dan memutuskan mencari pasangan hidup bagi menemaninya.

Aktivis wanita, Brinda Adige berkata, usaha warga emas itu mencari pasangan hidup menerusi iklan sesuatu yang hebat.

"Ini menunjukkan usia bukan penghalang untuk kita mencari teman yang kita nantikan dalam hidup," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 6:30 AM