PESAWAT Aeromexico. FOTO fail AFP
PESAWAT Aeromexico. FOTO fail AFP
Agensi

Mexico City: Lelaki ditangkap di Mexico selepas membuka pintu kecemasan sebuah pesawat komersial sebelum berjalan ke bahagian sayap.

Insiden itu berlaku kira-kira 11.30, Khamis lalu kira-kira tiga jam daripada waktu penerbangan Aeromexico dijadualkan berlepas dari Mexico City.

Lelaki itu melakukan aksi itu selepas pesawat yang menuju ke Guatemala City terkandas selama berjam-jam di atas landasan, tanpa penghawa dingin atau air untuk penumpang.

Kelewatan itu disebabkan isu penyelenggaraan, menurut laporan insiden berkenaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico berkata, tiada kecederaan berlaku, namun penumpang itu diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun penumpang yang marah melihat kejadian itu dari aspek pandangan berbeza.

Penumpang lain, menulis kenyataan bersama mengatakan tindakan lelaki itu mendapat sokongan semua orang.

"Semua penumpang dalam penerbangan dari CDMX (Mexico City) ke Guatemala penerbangan AM 0672 menyatakan, penumpang dalam pesawat yang membuka pintu kecemasan untuk perlindungan kepada semua orang kerana kelewatan pesawat dan kekurangan udara.

"Situasi itu mewujudkan keadaan berbahaya untuk kesihatan penumpang.

"Dia menyelamatkan nyawa kami," kata catatan tulisan tangan penumpang lain.

Nota yang tular di media sosial itu turut disertakan dengan nama serta tandatangan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 3:31 PM