LELAKI melihat rumah keluarganya yang sudah musnah susulan kebakaran hutan di Lahaina, barat Maui, Hawaii. FOTO AFP
LELAKI melihat rumah keluarganya yang sudah musnah susulan kebakaran hutan di Lahaina, barat Maui, Hawaii. FOTO AFP
BERNAMA

Los Angeles: Angka kematian akibat kebakaran hutan di Hawaii, Amerika Syarikat meningkat kepada 67 mangsa, lapor Xinhua, memetik pegawai Daerah Maui pada Jumaat.

Laporan terdahulu merekodkan sebanyak 36 kematian pada Rabu, manakala 19 lagi disahkan Khamis. "Kebakaran Lahaina masih belum dapat dikawal," katanya.

Awal Jumaat, Maui County turut mengumumkan akses terhad ke zon larangan yang terjejas akibat kebakaran dan perintah berkurung dari 10 malam hingga 6 pagi di bandar Lahaina.

Barat Maui sehingga Jumaat mengalami gangguan bekalan elektrik dan air, manakala kru pencarian masih menjejaki mangsa kebakaran di kawasan bandar Lahaina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 3:08 PM