RODA Ferris di taman hiburan berkenaan.
RODA Ferris di taman hiburan berkenaan.
Agensi

New York: Sepasang kekasih ditahan melakukan hubungan seks ketika menaiki roda Ferris di Ohio pada Ahad.

David Davis dan Heather Johnston masing-masing berusia 32 tahun dikatakan melakukan perbuatan itu taman hiburan ketika suasana gelap.

Perbuatan itu disedari pengunjung lain termasuk kanak-kanak bawah umur, kata polis Sandusky kepada agensi media tempatan.

Bagai tidak bersalah apabila pasangan itu hanya mentertawakan pengunjung lain yang melihat perbuatan itu, kata saksi kepada penyiasat.

Dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan - di bawah usia 18 tahun - yang turut menaiki roda Ferris itu turut melihat perbuatan terkutuk berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis.

Pasangan itu pada mulanya menafikan kejadian dan mendakwa Johnston hanya membongkok untuk mengambil sekotak rokok yang terjatuh, lapor WKYC.

Mereka kemudiannya mengaku selepas mengetahui dua daripada penonton adalah kanak-kanak bawah umur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 9:49 AM