VAKSIN Moderna. FOTO fail AFP
VAKSIN Moderna. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Panel pakar yang dirujuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), pada Rabu, mengesyorkan vaksin Covid-19 Moderna untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun.

Ahli panel dijangka mengundi tidak lama lagi juga untuk membenarkan vaksin Pfizer diberikan kepada kelompok usia sama dengan kebenaran rasmi perlu dilaksanakan segera apabila suntikan pertama dijangka dilaksanakan minggu depan.

Profesor perubatan di Universiti Virginia, Michael Nelson berkata, syor itu memenuhi keperluan yang tidak dapat dipenuhi untuk populasi muda yang benar-benar diabaikan.

Beliau yang juga seorang daripada 21 pakar sebulat suara menegaskan manfaat vaksin Moderna mengatasi risikonya.

"Setiap kehidupan adalah penting dan kematian yang boleh dicegah dengan vaksin adalah sesuatu kami ingin cuba lakukan," katanya.

Kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah satu-satunya kumpulan umur yang belum layak untuk imunisasi Covid-19 di AS dan kebanyakan negara.

Saintis kanan FDA, Peter Marks berkata walaupun kajian menunjukkan majoriti kanak-kanak kini sudah pun dijangkiti koronavirus, kadar kemasukan ke hospital yang tinggi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak semasa gelombang Omicron musim sejuk lalu jelas menekankan keperluan mendesak untuk vaksinasi.

Setakat ini, AS merekodkan 480 kematian Covid-19 dalam kumpulan umur sehingga empat tahun, menurut data rasmi terkini, jauh lebih tinggi daripada musim selesema yang teruk, kata Marks.

Terdapat kira-kira 20 juta kanak-kanak AS berumur empat tahun ke bawah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 9:55 AM