SAMM bakal diiktiraf kucing tertua dunia masih hidup. FOTO KPTV
SAMM bakal diiktiraf kucing tertua dunia masih hidup. FOTO KPTV
Agensi

Washington: Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat bakal mencipta rekod dunia baharu apabila menjadi kucing paling tua yang masih hidup.

Ini kerana kucing itu yang diberi nama Samm itu bakal mengatasi rekod pemegang kategori sama iaitu kucing lain yang berusia 24 tahun.

Pemiliknya, Charly Briggs dari Turner berkata, seorang rakannya mencadangkan dia menghubungi Guinness World Records untuk melihat sama ada Samm boleh diiktiraf sebagai kucing tertua dunia pada usianya 26 tahun.

"Saya bertanya dengan Guinness dan mereka beritahu rekod kucing tertua sekarang ialah 24 tahun.

"Saya macam tak percaya Samm lebih tua daripada rekod kucing sekarang.

"Saya kongsikan berita ini kepada rakan di media sosial dan ramai yang menyokongnya membuatkan kami tekad menghantar penyertaan," katanya kepada KPTV.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 6:10 AM