DARIUS bersama tuannya. FOTO Agensi
DARIUS bersama tuannya. FOTO Agensi
Agensi

London: Habuan 1,000 Pound Sterling (kira-kira RM5,680) menanti mereka yang dapat mencari arnab gergasi dunia yang hilang pada Sabtu lalu.

Pemiliknya, Annette Edwards yang menawarkan ganjaran itu menyifatkan kehilangan arnabnya itu sebagai tragedi yang amat menyedihkan.

Dia yang merayu menerusi Twitter berharap pencuri itu memulangkan semula arnabnya, apatah lagi haiwan itu sudah terlalu tua untuk dibiakkan.

Jurucakap Polis Mercia Barat berkata, pihaknya percaya arnab gergasi Flemish itu dicuri di kandangnya di Stoulton, Worcestershire, pada malam Sabtu.

"Kita sedang mengumpul maklumat kehilangan arnab itu.

"Kita percaya arnab itu dicuri dari kandangnya tengah malam antara 10 hingga 11 April lalu," katanya dalam portal Sky News.

Sebelum ini, arnab yang diberi mana Darius itu diiktiraf Guinness World Records sebagai arnab paling panjang yang masih hidup.

Menurut rekod berkenaan, saiz haiwan itu adalah sepanjang 129 sentimeter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 7:01 AM