TENTERA mengawal kawasan di luar penjara berkenaan. FOTO AFP
TENTERA mengawal kawasan di luar penjara berkenaan. FOTO AFP
AFP

Quito: Angka kematian akibat pertempuran berdarah antara kumpulan di penjara di Ecuador meningkat lebih 100 orang, dengan 52 lagi cedera.

Kawasan penjara yang berdepan kekurangan tenaga kerja itu kini dikawal tentera, lapor AFP.

Pertembungan antara geng Selasa lalu itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan dadah Mexico iaitu kartel Generasi Baharu Sinaloa dan Jalisco.

"Kami mahukan maklumat kerana kami tidak tahu apa-apa mengenai keluarga, anak lelaki kami,

"Saya mempunyai anak di sana," kata seorang wanita yang enggan dikenali.

Seorang pegawai, Lasso berkata, dia akan mengetuai sebuah jawatankuasa keselamatan di Guayaquil untuk mengawal keadaan dan menjamin perlindungan hak asasi manusia untuk semua yang terbabit.

Sistem penjara Ecuador menjadi 'medan perang' bagi ribuan tahanan yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico yang kuat.

Dua minggu lalu, Penjara Guayaquil diserang dron, sebahagian dari perang antara kartel antarabangsa, namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Sistem penjara di Ecuador mempunyai 65 kemudahan yang dirancang untuk menempatkan 30,000 banduan tetapi ia sudah menempatkan 39,000 tahanan, menyebabkan berlaku kekurangan kakitangan yang kronik.

Terletak di antara Colombia dan Peru, pengeluar kokain terkemuka di dunia, Ecuador adalah lokasi transit utama untuk penghantaran dadah ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 10:29 AM