AFP

Guadalajara, Mexico: Tujuh mayat tanpa kepala termasuk seorang wanita ditemui di dalam teksi berhampiran resort Manzanillo di barat Mexico, Sabtu lalu.

Mereka yang dibunuh kejam itu dipercayai mangsa keganasan kartel dadah, Jalisco.

Jurucakap polis, Carlos Heredia berkata, kartel dadah itu meninggalkan nota mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

“Identiti tujuh mayat itu sedang dikenal pasti,” katanya, semalam.

Pada 16 dan 17 Januari lalu, enam orang ditembak mati di tiga kejadian berasingan di Manzanillo.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kartel dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 8:48 AM