GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
AFP

Dakar, Senegal: Seorang guru mengaji warga Senegal yang disyaki merogol 27 pelajar perempuannya ditahan pada Isnin, selepas beberapa minggu melarikan diri, kata sumber polis kepada AFP.

Lelaki itu disyaki melakukan perbuatan itu di Touba dekat tengah Senegal, kata seorang pegawai polis tempatan.

Suspek melarikan diri selepas kes itu dilaporkan berikutan aduan daripada mangsa,

Lelaki itu ditahan pada Isnin selepas menyerah dirinya kepada polis.

"Selepas disoal siasat, suspek diserahkan kepada pihak berkuasa," kata pegawai itu.

Sumber itu berkata, guru itu didakwa merogol 27 pelajar tetapi tidak memberikan butiran tepat mengenai tarikh jenayah yang didakwa atau umur pengadu.

Media tempatan melaporkan mangsa adalah individu bawah umur dengan memberi bayangan bahawa mereka berumur bawah 15 tahun, dan sekolah mengaji itu ditutup.

Akhbar Le Jour pada minggu lalu melaporkan kes itu terbongkar apabila salah seorang mangsa enggan kembali ke sekolah.

Ia kerana guru itu pernah melakukan hubungan seksual dengannya dan pelajar lain.

Tangkapan dibuat selepas ketua pembangkang Ousmane Sonko dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghasut seorang wanita muda untuk melakukan aktiviti tidak bermoral, walaupun dia dibebaskan daripada tuduhan merogol.

Prosiding kes Sonko membabitkan tuduhan rogol itu menarik perhatian media selama dua tahun.

Bagaimanapun, isu keganasan seksual semakin kurang diberi perhatian apabila perkara itu semakin dipolitikkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 11:28 AM