FOTO menunjukkan Saif al-Islam Gaddafi (kiri) mendaftarkan diri sebagai calon pilihan raya presiden. FOTO EPA
FOTO menunjukkan Saif al-Islam Gaddafi (kiri) mendaftarkan diri sebagai calon pilihan raya presiden. FOTO EPA
BERNAMA

Tripoli: Anak kedua bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi, mendaftar sebagai calon untuk pilihan raya presiden yang dijadualkan pada Disember 2021, lapor Sputnik, memetik media Libya pada Ahad.

Saif al-Islam Gaddafi, 49, mendaftar di pejabat cawangan Suruhanjaya Pilihan Raya yang terletak di bandar Sabha, menurut video yang diterbitkan akhbar al-Marsad di Twitter.

Beliau pernah dipenjara pada 2011 selepas bapanya digulingkan sebelum dibebaskan pada 2017.

Pilihan raya presiden dan parlimen, kedua-duanya dijadual diadakan pada 24 Disember 2021, hasil daripada Forum Dialog Politik Libya yang diadakan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva Februari lalu.

Libya kini ditadbir oleh kerajaan perpaduan baharu, diketuai Abdul Hamid Dbeibeh dan Majlis Presiden baharu diterajui Mohamed Yunus al-Menfi, seperti ditetapkan PBB.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 12:51 PM