GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Istanbul: Tentera Turki melancarkan serangan udara di markas pemberontak Kurdi di utara Iraq.

Serangan terbaharu itu diumumkan Kementerian Pertahanan Turki yang memaklumkan Operasi Claw-Eagle dilakukan lewat malam tadi.

"Operasi Claw-Eagle dimulakan. Pesawat (pejuang) kami menghancurkan gua pengganas, " lapor kementerian itu.

Katanya, serangan itu mensasarkan pangkalan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq termasuk di Kandil, Sinjar dan Hakurk.

Untuk rekod, PKK disenarai sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekutunya.

PKK dilapor mempunyai pangkalan atau kubu kuat di utara Iraq.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 8:24 AM