RODRIGUEZ Duarte bersama suami dan anak perempuannya. FOTO Agensi
RODRIGUEZ Duarte bersama suami dan anak perempuannya. FOTO Agensi
Agensi

ASUNCION: Seorang pesakit barah ovari di Paraguay yang mulanya disahkan meninggal dunia, rupanya masih hidup.

Metro UK melaporkan Gladys Rodríguez Duarte turut terkejut apabila berada di dalam beg mayat selepas sedarkan diri.

Segalanya berlaku selepas Rodríguez Duarte, 50, pergi ke Klinik San Fernando yang terletak di bandar Coronel Oviedo kerana mengalami tekanan darah tinggi.

Dua jam selepas berada di klinik itu doktor mengesahkan Rodríguez Duarte meninggal dunia dan memaklumkannya kepada suami wanita itu, Maximino Duarte Ferreira dan anak perempuannya, Sandra Duarte.

Jurucakap Polis Paraguay berkata, Rodríguez Duarte kemudian dihantar ke hospital jam 9.30 pagi waktu tempatan.

Dia diperiksa oleh Dr Heriberto Vera sebelum wanita itu disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 7:00 AM