SEORANG wanita melalui kawasan dengan poster pilihan raya Parlimen di Tehran, Iran. FOTO West Asia News Agency/ Reuters
SEORANG wanita melalui kawasan dengan poster pilihan raya Parlimen di Tehran, Iran. FOTO West Asia News Agency/ Reuters
Agensi

TEHRAN: Dua warga İran yang sebelum ini disahkan positif wabak koronavirus baharu (Covid-19), meninggal dunia.

Penasihat Menteri Kesihatan İran, Alireza Vahabzadeh memberitahu Al-Jazeera kedua-dua individu berkenaan meninggal dunia di Bandar Qom, di sini.

“Mereka mengalami jangkitan pada paru-paru disebabkan wabak berkenaan," katanya.

Terdahulu, jurucakap Menteri Kesihatan Kianoush Johanpour berkata, dua pesakit yang meninggal dunia itu disebabkan masalah sistem imun yang lemah berikutan faktor usia.

Bagaimanapun, tiada pengesahan dibuat berhubung jantina dan umur individu terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 2:37 PM