PENDUDUK Iran memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakan jangkitan Covid-19 di Tehran, Iran. FOTO AFP
PENDUDUK Iran memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakan jangkitan Covid-19 di Tehran, Iran. FOTO AFP
AFP

TEHRAN: Iran melaporkan 54 kematian hari ini dalam tempoh 24 jam akibat wabak Covid-19.

Ia adalah angka tertinggi dicatatkan dalam tempoh sehari.

Jurucakap kementerian kesihatan, Kianoush Jahanpour berkata, angka berkenaan membawa kepada 291 jumlah kematian keseluruhan di Iran.

Malah, 881 kes jangkitan baharu turut dilaporkan dengan keseluruhan 8,042 kes.

Bagaimanapun, 2,731 individu dilaporkan sudah pulih.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 9:26 PM