FOTO pada 17 Februari menunjukkan aktiviti di sebuah pusat pameran yang dijadikan hospital bagi menempatkan pesakit Covid-19 dengan simptom ringan. FOTO AFP/ China OUT
FOTO pada 17 Februari menunjukkan aktiviti di sebuah pusat pameran yang dijadikan hospital bagi menempatkan pesakit Covid-19 dengan simptom ringan. FOTO AFP/ China OUT
AFP

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China melepasi 2,000, hari ini, apabila 136 lagi disahkan meninggal dunia.

Ia menjadikan 74,185 individu dijangkiti wabak berkenaan di China.

Dalam laporan harian, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah memaklumkan 1,749 kes terbaru dilaporkan di seluruh negara dengan majoritinya di wilayah Hubei, yang menjadi pusat wabak berkenaan.

Di luar pusat wabak, terdapat 56 kes baru dilaporkan dan ia menunjukkan penurunan dalam tempoh 15 hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping dalam satu kenyataan media berkata, China menjangkakan perkembangan positif.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu terlalu awal untuk mengesahkan keadaan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 10:47 AM