FOTO fail pada 21 Februari menunjukkan pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 dibawa ke hospital di bandar Daegu. FOTO AFP/ South Korea OUT /
FOTO fail pada 21 Februari menunjukkan pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 dibawa ke hospital di bandar Daegu. FOTO AFP/ South Korea OUT /
AFP

SEOUL: Korea Selatan mencatatkan 123 lagi kes koronavirus baharu (Covid-19) dengan dua kes kematian, setakat pagi ini.

Ia menjadikan keseluruhan, jumlah jangkitan di negara itu kepada 556 kes, dengan empat kematian.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata, 75 daripada kes terbaharu itu berkait rapat dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, di tenggara negara itu.

Sementara itu, angka kematian di Hubei, di China yang menjadi wilayah terjejas teruk akibat Covid-19, melebihi 2,400 orang.

Ia selepas 96 lagi kematian dicatatkan di wilayah berkenaan.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei mengesahkan, wilayah itu merekodkan 630 kes baharu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 77,000 kes di seluruh China.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 10:49 AM