ORANG ramai memilih sayur percuma dibekalkan pekerja komuniti di sebuah kawasan perumahan di Wuhan, Hubei. FOTO China Daily/ Reuters.
ORANG ramai memilih sayur percuma dibekalkan pekerja komuniti di sebuah kawasan perumahan di Wuhan, Hubei. FOTO China Daily/ Reuters.
AFP

Beijing: Angka kematian akibat wabak koronavirus baharu atau Covid-19 di China meningkat kepada 1,110 orang.

Di Hubei, wilayah terjejas teruk, sebanyak 94 kematian lagi dilaporkan.

Berdasarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, sebanyak 1,638 baharu di wilayah tengah itu, sejak virus itu dilaporkan Disember lalu.

Setakat ini, ada 44,200 kes dilaporkan di seluruh China.

WHO sebelum ini mengumumkan virus itu dikenali dengan nama rasmi Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 9:34 AM