KAKITANGAN perubatan memakai sut keselamatan di hospital di Wuhan. FOTO AFP
KAKITANGAN perubatan memakai sut keselamatan di hospital di Wuhan. FOTO AFP
AFP

Beijing: Jumlah kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di China meningkat kepada 1,483 orang, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah jangkitan terbaharu di wilayah Hubei berkurangan selepas berlaku perubahan dalam definisi kes hingga menyebabkan peningkatan sebelum ini.

Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Pusat merekodkan 116 kematian lagi dan 4,823 kes baharu di Hubei, semalam.

Kelmarin, wilayah berkenaan yang menjadi pusat tercetusnya wabak itu merekodkan lebih 242 kematian dan 14,800 kes.

Kini, lebih 64,600 orang di China dijangkiti wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 9:56 AM